Followers

Tuesday, January 24, 2012

. : Puding Roti Marble : .


Salam sejahtera semua :) dari tadi en3 ni dok teperap dlm draft...xsempat nk siapkan just c&p resepi n upload gambar je..skang ni dh pukul 1.35am @ Sdyney..td dh cek in blk tdo..tetibe teringat drama "BICARA HATI" terus mama bgn..kalo kat msia jam 10pm kat sydney dh jam 12midnite :) dh terbangun ssh la nk tdo blk kn..esok dh la ade temujanji c/up bb jannah..nasib en.hubbie set time jam 12.30pm..kalo pagi mesti kelam-kabut..huhu so blh la layan blog dl..

En3 kali ni mama nk update resepi Puding Roti Marble..sebelum ni mama penah cuba buat  Puding Roti Marble @ Pelangi resepi dr dapurHana's Family..kali ni mama cuba resepi dari dapur Ummiakid-Lily rakan di fb group Jom Kongsi-Kongsi resepi & blog mama..sangat sedap & bahan yg senang nk dpt..blh siap dlm jangka masa yg singkat..tp kalo nk sedap simpan dlm peti sejuk smpi puding betul2 sejuk..kalo hari panas mkn puding ni mesti sejuk je rase ditekak..nyamannnnnn :)

RESEPI PUDING ROTI MARBLE
 Resepi Asal : Kak Nor Secubit garam
Sumber Resepi :
Ummiakid-Lily

Bahan- bahannya :-
1 paket (10gm) agar agar serbuk
(mama pakai agar2 tali 12-14gm)
1 liter/4 cawan air
9 sudu besar gula -kite bubuh 7 sudu sahaja.
4 keping roti gardenia - dibuang kulit
300 ml susu cair
1 biji telur
2 sudu besar mentega
2 helai daun pandan
2 sudu besar sirap ros 
(mama letak 1/2 sudu besar 
hanya dlm adunan warna merah)
1 sudu esen vanila 
pewarna yang disukai




Cara - cara :-
  • Masak air bersama serbuk agar-agar dan daun pandan sehingga agar-agar larut kemudian masukkan gula. Masak lagi hingga mendidih.
  • Kisar roti bersama susu cair dan telur hingga halus.
  • Tuangkan ke dalam adunan agar-agar tadi dan masak lagi hingga mendidih (jgn lupa buang dulu daun pandan)
  • Masukkan mentega dan kacau hingga mentega cair dan sebati. Bahagi adunan kepada tiga bahagian dan letakkan pewarna yang disukai.
  • Curahkan adunan merah kedalam loyang hingga habis, diikuti warna ungu dan warna asal.
  • Sejukkan dan siap untuk dihidang.
  • kalau nak belangkan pun boleh, cuma kena cepat sikit sebab agar agar cepat beku.

SELAMAT MENCUBA :)


2 comments:

  1. Memang sedap puding ni...saya pun dh 2x buat..

    ReplyDelete
  2. ummiakid : mmg sedap kan...lemak2 manis..tp tulah umah ni xmkn sgt..tepakse la mak die yg abiskan..huhu

    ReplyDelete