Followers

Tuesday, December 13, 2011

. : Puding Roti Pelangi : .

Alamak mama dah obses ngn dapur Hana..huhu kali ni mama mencube resepi beliau yg agak fofular iaitu Puding Roti Marble @ Pelangi..rase mmg sedap walaupun disimpan berhari-hari dlm peti ais sbb xde sape yg minat nk mkn..huhu rumah ni kalo kuih2 basah mcm tu mmg slow ckit..tp yg pasti rasenye sgt2 sedap n nk buatnye sgt2 la mudah..ni sumer gare2 roti yg dh nk expired tp xtau nk buat ape..hehe

Nak tau ape resepinye boleh rujuk kat SINI..apepun mama mintak izin c&p ye Hana...buat tatapan semua..


Resepi PUDING ROTI MARBLE @ PELANGI 
Resepi asal : Hana's Family

Bahan-bahan
  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 8gram serbuk agar2 @ sepeket (mama guna 10g agar2 tali)
  • 1/2 cawan gula - bleh kurangkn
  • 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
  • 31/2 cawan air = hana guna cwn biasa 230ml(1cawan)
  • pewarna merah,kuning dan hijau. (terpulang masing2)
Cara-cara
  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
  4. Bahagi kepada 3. masukkan warna pilihan dan kacau sebati. (hana gune merah,hijau dan kuning)
  5. Ambil sesenduk warna hijau dan tuang di tengah2 loyang. kemudian ambil sesenduk warna merah, tuang di atas warna hijau tadi. biarkan puding gerak sendri ke tepi. tk payah ratakan atau kacau. kemudian ambil pula warna kuning tuang di atas kaler hijau pula. ulang smula kaler merah dan buat hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan cepat sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
  6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk.





No comments:

Post a Comment